Di Malaysia, pada tahun 2018 terdapat lebih 20 juta buah kenderaan berdaftar. Cuba kita ambil hanya suku daripada jumlah tersebut menukar tayar baru iaitu sebanyak 5 juta buah. Sekiranya setiap kenderaan hanya menukar 2 biji tayar, maka terhasillah lebih kurang 10 juta tayar terbuang hanya di bumi Malaysia. Jumlah itu hanya untuk tempoh setahun. Kalau 10 tahun, akan ada 100 juta tayar terbuang terhasil! Satu data yang sungguh mengerikan! Pasti penuh bumi ini dengan tayar...
Terdapat pula pihak industri yang membakar tayar terpakai bagi mendapatkan minyak bahan bakar dan bahan keluli di dalamnya. Industri berkenaan dikategorikan 'kotor' dan ada pula pihak yang melakukan kegiatan itu mengimport tayar terpakai dari luar negara untuk dibakar di sini bagi mendapatkan bahan berkenaan termasuk minyak sebagai bahan bakar murah terutama bagi industri penghasilan simen.
Ini ada kaitan dengan teknologi tetapi yang membimbangkan laporan daripada rakyat mengatakan ia memberikan impak negatif kepada alam sekitar dengan asap hitam keluar dari pembakaran tayar yang dibuat secara terbuka.
Dimanakah hendak kita buang semua tayar-tayar tersebut? Boleh ke kita tanam atau bakar tayar-tayar ini?
Jika ditanam, getah tidak boleh mereput seperti juga plastik. Pencemaran plastik merupakan isu global yang tidak dapat dielakkan, memandangkan plastik digunakan secara meluas dalam pelbagai aktiviti seharian di seluruh dunia. Lantaran penggunaannya yang berleluasa telah menyebabkan plastik menjadi penyumbang utama pencemaran. Baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan kehadiran berpuluh-puluh kontena plastik yang hendak dibuang ke Malaysia.



No comments:
Post a Comment